Barisan Nasional’s State Assembly Candidate for N.15 Taman templer.
Nama: Dato’ Subahan kamal
Umur: 42 Years
Dato’ Subahan Kamal adalah muka baru yang di calonkan oleh pucuk pimpinan untuk mewakili Wakil Rakyat bagi DUN Taman Templer. Beliau di lahirkan di Selangor dalam satu keluarga sederhana dan di besarkan di Selayang dan sejak itu tinggal di Taman Selayang Baru. Prestasi pelajaran beliau membolehkan Dato’ Subahan Kamal di beri peluang belajar di Sekolah Menengah Sains Selangor, sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1983, Dato’ Subahan Kamal telah di tawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pelajaran di Southern lllinois University, America Syarikat. Beliau berjaya membawa pulang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Perakaunan dengan pengkhususan dalam bidang kewangan dalam tahun 1989. Beliau turut di tauliahkan Certificate of Marine Cargo Technical Claims dan Certificate of Liability Insurance oleh institute Insuran Malaysia.
Dari 1989 sehingga 1991, Dato’ Subahan Kamal telah bekerja dengan pihak swasta seperti bank Rakyat, sebelum berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan dari 1991-1999. Ketika itulah beliau mula aktif dalam politik.Mulai tahun 2000 sehingga kini Dato’ Subahan Kamal telah di pilih untuk menganggotai barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda Barisan Nasional. Buat masa ini, beliau juga adalah Setiausaha dan Bendahari UMNO Cawangan Taman Selayang Baru.
Dato’ Subahan Kamal pernah manjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Bawah 21 Tahun Selangor dan kini menjadi Penolong Pengurus Selangor Super League Football Team. Perlantikan beliau sebagai Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Kebajikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah satu testimony kepada kewibawaan Dato’ Subahan Kamal untuk berupaya memikul tanggungjawab sebagai seorang Wakil rakyat yang Perihatin dan Bersedia untuk Berkhidmat Bagi Kepentingan Penduduk Selayang.
Beliau mempunyai visi yang jelas untuk membina Selayang Gemilang dan mengajak kita bersama-sama menjadikan visi ini satu realiti.Kita harus memberi beliau peluang dengan menjalankan tanggungjawab kita untuk bijak mengundi.
Undilah Barisan Nasional bagi masa hadapan Negara yang gemilang.
|